Sunday, 10 August 2014

Tawau My Hometown

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog eycalicious.

Tawau merupakan daerah yang mendapat jolokan Bumi Peladang kerana sebahagian kawasan di daerah ini merupakan kawasan perladangan. Dahulunya penuh dengan pokok kelapa, kemudian pokok koko dan sekarang nie pokok kelapa sawit. Namun, biji koko yang dihasilkan dari bumi Tawau merupakan biji koko kelas pertama di dunia. Eycalicious belum pernah lagi ke kilangnya namun penduduk tempatan sudah memaklumkan kepada Kancil mengenainya. 

Taman Bukit Tawau

Selain itu, bandar Tawau merupakan syurga pendatang kerana disinilah ribuan PATI rakyat Indonesia dan Filipina datang bekerja secara sah dan menggunakan pasport untuk mencari rezeki yang halal dan menjanjikan pendapatan yang lebih baik berbanding di negara mereka. Kehadiran mereka adalah terkawal. Bagi memastikan mereka bukan penduduk Malaysia, lihat sahaja gelagat dan cara pemakaian mereka bila berada di bandar.

Tawau juga mempunyai hutan tertua di dunia seperti Maliau Basin yang diakui sebagai khazanah hutan yang sangat berharga di dunia. Selain itu, hutan simpan Bukit Gemuk yang cantik pemandangannya jika dilihat dari jauh. Manakala Taman Negara Bukit Tawau atau dikenali sebagai TABLE merupakan tempat kunjungan para warga Tawau yang inginkan ketenangan dengan kehijauan. Di TABLE ini ada pokok yang tertinggi di dunia, setinggi 15 tingkat bangunan. Kancil belum pernah ke sana lagi namun pernah tengok gambarnya. Memang tinggi. Selain itu, ada tempat menarik seperti Tawau Cocoa Village, Shan Shui Golf (tempat kolam renang), Balung River Eco Park, Kolam Air Panas Semulajadi di Taman Hot Spring (masih dalam proses pengubahsuaian) dan Ranggu Holiday Valley di Batu 10. Kalau nak ke pantai pergi ke Batu Payong. Tapi bahaya kalau mandi ke sana. Kalau mahu berkelah tu bolehlah tapi mandi kena berfikir dua kali.  Di Tawau nie juga terdapat sebuah Masjid yang terbesar di negeri Sabah yang mana pernah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2006. Bagi yang suka membeli makanan laut yang murah, pastinya akan mengunjungi Pasar Tanjung. Pasar ini adalah bangunan 3 tingkat yang dilengkapi dengan ruang makan di tingkat 2 dan tingkat 4. Ruang atas adalah sangat menarik kerana dihiasi panorama keindahan laut dan kawasan bandar Tawau

































Pada hari Ahad atau cuti  hujung minggu, ramai pengunjung dari luar dan dalam akan mengunjungi Pasar Minggu Takada yang mana terletak di simpang 4 Jalan Apas. Selain itu, banyak restornan makanan laut yang rata - ratanya terletak di pinggir laut. Salah satunya di Batu Payong. Kalau bercerita mengenai tempat bersejarah. Tidak kurang hebatnya Tawau. Antara tempat bersejarah adalah seperti monumen Menara Loceng yang dibina pada tahun 1898. Ia terletak di pinggir padang bandaran Tawau dan merupakan monumen paling lama pernah wujud di Tawau. Selain itu, Tugu Peringatan Tentera Jepun yang terletak di jalan Tanjung Batu - Kukusan yang mana tapak perkuburan bersejarah wujud pada tahun 1945. Tempat ini selalu menerima kunjungan dari warga Jepun.

Di kawasan Kalabakan, lebih 100 km dari bandar Tawau terdapat tugu peringatan bersejarah yang dikenali Tugu Peringatan Kalabakan. Ia dibina pada tahun 1969 bagi memperingati kehilangan 11 pewira negara yang terkorban ketika konfrantasi Malaysia dan Indonesia dahulu. Sebenarnya ada banyak tempat lagi yang menarik di Tawau namun setakat nie sahaja yang eycalicious dapat kongsikan. Lagipun Kancil bukan orang Tawau...kerja je di Tawau. Hehehe.. Insya Allah eycalicious akan kongsikan dengan rakan - rakan blogger jika ada tempat menarik.

BAGIKU ianya seumpama mimpi dan khayalan alam kanak-kanak, membayangkan sesuatu yang melucukan, bermain dan berfikir sebebasnya asalkan ianya dipenuhi dengan keseronokkan. Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli adalah terjemahan kepada dunia kanak-kanak yang direalisasikan dengan rekabentuk rumah Melayu era 90-an.  Tahniah kepada Alexander Yee, pemilik Rumah Terbalik Borneo yang merealisasikan satu senibina unik itu seterusnya membuka satu trend pelancongan wajib diteladani semua kerana mampu menjadi satu lagi daya tarikan pelancong ke Sabah.

Rumah-Terbalik-Borneo-Kg-Telibong-Tamparuli

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog eycalicious.



No comments:

Post a Comment